Dalam sekelip mata, kepulan debu dan asap memenuhi jalan. Sebaik sahaja bunyi "Krak! Krak!" tembakan bermula, langkah pihak musuh terhenti dan meletus dalam keadaan berlumuran darah. Peluru yang turun seperti hujan itu bagaikan membentuk tembok yang tidak dapat dilihat. Ini menghalang pergerakan tentera yang disuntik dadah tersebut.
"Cantik!"
"Mati, raksasa, mati!"
Nail menggenggam kedua-dua tangannya dengan teruja. Percikan api terhasil dari perisai pihak musuh apabila mereka ditembak dengan mesingan. Berbanding senapang berputar, mesingan lebih berkesan dan berkuasa. Senjata ini mampu membunuh orang dengan sekali tembakan di kepala mahupun dada dan dengan mudah menyebabkan kecederaan teruk kepada anggota badan. Senapang berputar hanya mampu menghalang seseorang daripada menyerang. Apa yang terbaik adalah tiada sengkang masa antara setiap satu tembakan. Sasaran juga akan mengena walaupun beberapa tembakan lari dari tanda.