Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 497 - Selamat Tinggal yang Tidak Pasti

Chapter 497 - Selamat Tinggal yang Tidak Pasti

Kawasan Pelabuhan Longsong, Kota Jagat Mentari.

Dua kapal konkrit sedang berlabuh dan para pekerja sibuk mengangkut guni-guni dan menyusunnya di atas lantai dek manakala pegawai Kementerian Pertanian yang baru dilantik sedang menghitungnya. Keseluruhan pelabuhan itu begitu sibuk, sesuatu yang jarang dilihat di Kawasan Longsong, lebih-lebih lagi mereka baru sahaja melepasi Bulan Kunjungan Iblis. Selepas diperiksa dan dihitung, biji benih yang terkandung di dalam guni-guni itu akan diedarkan kepada para petani Longsong.

"Tuanku, betulkah Gandum Emas ini boleh meningkatkan tuaian gandum sebanyak tiga kali ganda?" Petrov masih kurang percaya dengan dakwaan Roland. "Kalau betul, itu bermakna setiap orang dalam bandar ini sudah tidak perlu risau tentang bekalan makanan lagi."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS