Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 494 - Sumber-sumber Baharu

Chapter 494 - Sumber-sumber Baharu

Semasa boehmit mencapai kelas permata, ia memantulkan cahaya dengan penuh gemerlapan kerana kadar pembiasan yang sangat tinggi dan juga bersifat sangat polikromatik. Tidak seperti batu permata lain yang hanya berubah dari satu warna ke warna yang lain, batu boehmit mengeluarkan pelbagai warna pada masa yang sama, tetapi warna yang paling menyerlah adalah merah dan hijau. Tidak hairanlah orang zaman ini hanya mengenalinya sebagai batu berwarna-warni. Semasa Barov mula-mula memperkatakan tentangnya, Roland tidak teringat langsung yang ia mungkin batu boehmit tetapi sebaik sahaja dia melihatnya, dia terus dapat kenal pasti batu permata itu.

Apabila boehmit dinyahhidratkan pula, ia akan bertukar menjadi korundum dan antara korundum yang paling terkenal dalam kelas permata adalah batu delima dan batu nilam. Batu delima dan batu nilam yang lebih dikenali orang ramai berbanding batu boehmit.

Namun Roland bukan teruja kerana batu-batu permata itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS