Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 482 - Kehendak Zero

Chapter 482 - Kehendak Zero

Tingkat atas Kuil Rahsia Penting disimbahi cahaya puluhan Permata Ajaib yang membuatkan perpustakaan berbentuk bulat itu cerah umpama hari siang. Sesiapa sahaja yang berada di dalam perpustakaan ini tentu tidak akan percaya dia sebenarnya berada jauh di bawah tanah.

Kawasan ini mirip Menara Babel di Katedral Hermes yang terletak betul-betul di atas mereka dan kawasan ini tempat kegemaran Zero. Dari tingkat atas itu, dia boleh melihat keseluruhan Kawasan Rahsia Penting. Melihat susuk-susuk tubuh yang sibuk ke sana dan ke mari seperti semut yang mengerumuni Tiang Batu Pembalasan Tuhan, dia rasa begitu puas kerana dialah yang mengawal hidup mereka semua. Zero rasa seolah-olah dia seorang Pesuruh Tuhan dan orang-orang yang mundar-mandir dalam kegelapan itu ialah para pengikut taatnya yang sibuk membina kerajaannya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS