Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 481 - Kota Jagat Mentari

Chapter 481 - Kota Jagat Mentari

Pada hari Upacara Memecah Tanah, Roland bangun lebih awal daripada biasa.

Dia mencukur janggut pendek di dagu dan pipinya sehingga licin, mengikat rambut kelabu panjangnya dengan kain nipis dan menggunakan gunting kecil untuk merapikan keningnya. Selepas setahun tinggal di dunia baru dan dalam tubuh badan baru ini, Roland sudah biasa berdandan sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang suruhan.

Apabila melihat dirinya yang kelihatan kemas di dalam cermin, Roland terbayang jika dia memakai jubah longgar dengan lengan panjang, dia tentu akan kelihatan seperti seorang pertapa ilmu tinggi.

Roland meneliti wajahnya sekali lagi dan selepas mengangguk puas hati, dia keluar dari kamar tidurnya.

Barov sedang menunggu dia dalam kamar bacaan.

"Tuanku," katanya sambil menunduk, "seekor burung penghantar pesanan sudah dihantar ke Kubu Longsong dan dijangka akan tiba di Istana Pemerintah Kubu Longsong dalam masa setengah jam."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS