Keesokan harinya, Roland berjalan masuk ke pejabatnya sambil bersiul dan mendapati Wendy sudahpun berada di situ menantikannya.
"Ada apa?" Dia melangkah buku yang bersepah di atas lantai dan menuangkan Wendy secawan teh.
"Tahniah, ada seorang ahli sihir baru di Pekan Sempadan." Wendy tersenyum dan memberitahu Roland semuanya yang berlaku beberapa hari lepas." Jika Tuanku mahu, patik boleh memanggil Summer untuk hadir ke istana pada bila-bila masa."
"Ahli Sihir terbangkit pertama di wilayah beta… Dia juga merupakan ahli sihir yang diterima setelah notis pengambilan awam beta dikeluarkan." Wajah Roland berseri-seri. Namun, apabila dia mendengar ayat keduanya, dia tertanya-tanya, "Bukankah dia sepatutnya berada di istana sekarang?"
"Tidak, kerana Nightingale tiada di sini untuk mengesahkan identitinya." Wendy mengulangi apa yang Scroll katakan. "Kami menghantarnya balik dan membayar bayaran bulan pertama terlebih dahulu."