Lebih ramai orang yang datang untuk makanan kedua. Beruntung kerana mereka bertiga tiba lebih awal dan mendapat tempat di bahagian hadapan.
Apabila Siung Ular beratur, dia sedar kenapa terdapat pagar dibina di sekeliling pentas kayu. Terdapat pembesar suara yang mengumumkan tentang polisi baru. Dia mungkin perlu mendengarnya berulang kali sehinggalah dia mendapat mil oatnya.
Orang ramai bersesak bergerak ke hadapan dengan perlahan. Setelah menunggu selama setengah jam, dia akhirnya tiba di belakang pentas kayu.
"Tunjukkan tangan kanan awak." Kata seorang pengawal.
Siung Ular hanya mengikut arahannya dan pengawal tersebut mengecapkan tanda di bahagian belakang tangannya.
"Seterusnya."