Joe jatuh sakit.
Dia merupakan ahli kedua terlemah di dalam kumpulan sebelum Paper diculik. Semenjak itu, dia menjadi ahli terlemah. Joe baik-baik sahaja selepas dia pulang dari dataran. Tetapi keesokan harinya, Siung Ular menemuinya terbaring lemah di atas rumput kering, mengerang kesakitan dan pipinya menjadi merah.
"Dia telah dijangkiti dengan wabak demam," Bunga Matahari memberitahu sambil memegang kepala Joe, "Kepalanya sangat panas."
"Adakah saya akan…mati?"
Joe mengecilkan matanya dan bertanya perlahan.
Tiada jawapan yang diterima.
Wabak demam merupakan penyakit yang sangat degil dan apabila dijangkiti, seseorang perlu bergantung kepada ketahanan badan masing-masing. Namun, mereka yang berbadan sihat jarang dijangkiti dengan demam. Mereka yang dijangkiti adalah mereka yang lemah. Jadi, hanya beberapa orang pesakit yang dapat diselamatkan. Penyakit ini merupakan hukuman mati kepada Tikus-tikus.