Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 457 - Fantasi Muzik

Chapter 457 - Fantasi Muzik

"Awak tidak perlu ikut saya ke sini." Echo berjalan di sepanjang Sungai Air Merah. Salji yang dipijaknya berderap.

"Kota ini tidak selamat seperti Pekan Sempadan." Kapak Besi berjalan di belakangnya, dua langkah di belakang Echo. "Yang Amat Mulia mengarahkan saya untuk melindungi awak jika awak keluar dari istana tanpa ditemani dengan ahli sihir yang lain."

"Saya tidak patut beritahu baginda." Echo merungut dan melepaskan nafasnya ke udara. "Lagi satu, awak tidak perlu panggil saya Cik Puan lagi."

"Cik Puan akan sentiasa menjadi ketua kumpulan Osha di dalam hati saya, Cik Puan Drow Silvermoon."

Apabila Kapak Besi menyebut tentang Osha, Echo mendiamkan diri. Walaupun Kapak Besi tidak dapat melihat reaksi mukanya, Kapak Besi sedar yang Echo berasa sedih apabila teringat akan kumpulannya. Dia mahu memujuknya tetapi dia tidak tahu bagaimana dan apa yang perlu dikatakan. Jadi, dia hanya menutup mulutnya dan mengikut Echo dengan senyap.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS