Setelah memberi penerangan tentang perancangan penggabungan pentadbiran, Roland mengangkat cawannya dan menghirupnya beberapa kali sambil menunggu golongan bangsawan memproses maklumat yang diterima oleh mereka.
Roland memerlukan ramai orang bagi memastikan kawasan kawalan harian terkawal. Sebelum kadar generasi yang pandai membaca meningkat, Roland perlu bergantung kepada golongan bangsawan. Kebanyakan di antara mereka mempunyai pendidikan asas dan mempunyai ilmu pengurusan. Jika terdapat golongan bangsawan yang menunjukkan perbezaan daripada yang lain, Roland akan menaikkan pangkat mereka dan meminta mereka untuk mengawal bandar atau wilayah bagi pihak Roland. Namun, jika dia masih berada di dunia lamanya, dia akan menggelar kedudukan ini sebagai gabenor atau datuk bandar.
Beberapa minit kemudian, Roland membangkitkan satu lagi topik.
Sudah tiba masanya untuk bertindak ke atas jenayah.