Roland mengadakan majlis jamuan bagi golongan bangsawan untuk menenangkan fikiran mereka.
Sebuah meja panjang yang ditutupi dengan kain putih diletakkan di tengah dewan utama dan mempunyai pelbagai pilihan makanan, wain dan bunga yang diatur cantik di atasnya. Golongan bangsawan duduk sambil menghadap satu sama lain.
Setelah meminum beberapa gelas wain merah, semua orang menjadi lebih tenang dan kurang tertekan. Oleh sebab Honeysuckle dan Elk merupakan penyokong Roland dan kesemua golongan bangsawan lain sudah dimusnahkan, golongan bangsawan yang cerewet ini mungkin tidak akan meninggikan suara pada waktu begini. Bahkan, mereka dengan sukarela memberitahu niat mereka untuk memberi sokongan kepada Roland semasa mereka berborak. Dengan ini, Roland sedar yang ini merupakan masa yang terbaik baginya untuk bercakap tentang polisi barunya.