...
Sudah separuh bulan Rene Medde dikurung di tingkat bawah tanah rumah agam Keluarga Rusa Tanduk.
Dia berharap dia dapat menghalang Jacques, tetapi dia tidak menyangka abangnya akan bertindak terlebih awal.
"Makanan tengah hari untuk tuan. Selamat menjamu selera." Sean, penjaga rumah agam yang selalu bermuka muram itu, datang dan membawa sepinggan makanan yang nampak melekit dan meletakkannya atas lantai bilik kurungan itu. Ia kelihatan seperti campuran bubur oat dan sayur-sayuran yang dituang sebanyak sesenduk sahaja.
"Lepaskan saya, bodoh!" Rene mencampakkan kembali pinggan itu ke arah Sean. Dia menerpa ke arah pintu kurungan dan menjerit dari celah jeriji-jeriji besi itu. "Jacques pun sama bodoh juga! Dia tak tahu apa yang dia buat! Lepaskan! Lepaskan saya sebelum terlambat!"