Ayt takut bukan kepalang. Dia rasa seperti mahu terkencing. Dia hanya mampu merenung gergasi itu dengan mulut ternganga dan air liur menitis-nitis dari gigi taringnya. Raksasa itu menoleh kepala untuk memandang Ayt. Ayt rasa dia sudahpun terkencing.
"Bertenang. Saya tidak akan makan awak." Tiba-tiba raksasa itu bercakap bahasa manusia dengan suara serak. Ini benar-benar membuat Ayt terkejut sehingga dia melolong ketakutan.
Dia rasa jantungnya sudah mahu terhenti apabila melihat seorang anak gadis melompat dari belakang raksasa itu. Anak gadis itu mendekati Perunggu, memusingkan badannya dan kelihatan seperti sedang memeriksa kecederaannya. Dia berkata kepada raksasa itu, "Dia masih hidup. Maggie, cepat bawa dia kepada Nana."