Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 445 - Sedia untuk Serang

Chapter 445 - Sedia untuk Serang

Cacusim menjejakkan kaki di jeti apabila sinar matahari pagi baru mahu menjengah dari sebalik awan.

Tidak seperti biasanya, jeti itu dipenuhi askar-askar yang membisu. Mereka berdiri tegak sambil menyandang senapang laras panjang serta beg mereka di belakang dan kelihatan seperti barisan pokok-pokok dalam hutan tebal. Walaupun jumlah mereka sangat banyak sehingga menyesakkan jeti itu, tetapi mereka bergerak dengan penuh teratur. Cacusim melihat satu demi satu kapal stim kayuh dinaiki askar-askar itu dan hatinya terasa seakan-akan mahu meletup dengan rasa bangga dan kagum.

Dia menelan air liur.

Jadi inilah askar yang diselia Yang Amat Mulia Baginda Putera sendiri.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS