Sambil Tayfun menuruni tangga ke tingkat bawah gereja itu, kedinginan mula menyucuk-nyucuk kulitnya.
Dia sedang memasuki tempat yang menyimpan rahsia terbesar Gereja Inggeris – istana bawah tanah Hermes yang sunyi dan menyeramkan.
Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat ini.
"Awak pasti Tuan yang Terutama Mayne mahu berjumpa saya di sini?" Menurut tradisi, hanya paus dan bakal paus sahaja yang dibenarkan memasuki Kawasan Rahsia Penting, tetapi Tayfun sudah terlalu tua untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Mayne.