Di bilik rahsia Menara Babel di Katedral Hermes.
Tayfun merenung ahli sihir di hadapannya dan mengeluh buat kesekian kalinya.
"Tuan yang Terutama Mayne betul-betul sibuk, ya?"
"Sudah tentu." Ahli sihir itu menyelak rambutnya yang berwarna kuning keemasan. "Jika tidak, buat apa dia hantar saya untuk bertemu awak? Saya perkenalkan diri dulu. Saya Isabella, Ahli Sihir Tulen yang berkhidmat bawah Paus Mayne."
"Yang Mulia Tayfun, dia..." Soli Daal, seorang Perajurit Agama dan El daripada Penghakiman saling berpandangan. Mereka dua Ketua Biskop yang baru dilantik. Walaupun mereka tahu Gereja Inggeris membela ahli sihir secara senyap-senyap, namun mereka tidak sangka ahli-ahli sihir itu dibenarkan untuk menyertai pertemuan sepenting ini.