"Vader, betulkah kita boleh buat begini?" kata Kepala Api sambil membelek-belek kain bajunya. "Ketua Kesateria kata baju seragam kita adalah simbol kedudukan kita dan kita mesti sentiasa memakainya dengan rapi semasa bertugas."
"Kalau kita kotorkan baju seragam pun sudah cukup untuk buat kita dihukum. Apatah lagi kalau kita tidak memakainya semasa bertugas." Seorang lelaki bernama Siulan memandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah takut dilihat rakan sekerja mereka.
"Jangan risau sangat, boleh tak? Perlukah kita sentiasa menayangkan simbol kedudukan kita sepanjang masa? Sekarang musim sejuk, salji putih melitupi segala-galanya. Kalau kita pakai baju seragam kita yang berwarna hitam legap ini, macam mana kita mahu tangkap penjenayah?" Vader memandang dua rakan sekerjanya dengan sedikit perasaan tidak sabar. "Awak berdua orang Pekan Sempadan, bukan?"