Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 437 - Selamat Tinggal Sahabat

Chapter 437 - Selamat Tinggal Sahabat

Selepas Otto Luoxi keluar dari kamar bacaan Roland, Nightingale memunculkan diri di sebelah putera itu. "Bukan semua kata-katanya benar, terutamanya semasa dia bercerita tentang tempoh masa sebelum dia datang ke Pekan Sempadan."

"Beta tidak terkejut dengan itu. Tentu dia sudah cuba berunding dengan Timothy di Bandar Diraja sebelum datang ke Rantau Barat," jawab Roland sambil tersenyum. "Beta sendiri akan rasa pelik jika dia datang berjumpa beta dahulu. Seorang diplomat tidak akan sesekali membuat pertaruhan pada satu tempat sahaja. Jika beta di tempat dia, beta tidak mahu sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula."

"Maksud Tuanku, ada kemungkinan mereka tidak akan berpihak dengan kita?"

"Sekurang-kurangnya mereka tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa." Roland mengangkat teko untuk menuang teh ke dalam cawan kosongnya. "Apabila Raja Dawn mendapat berita ini nanti, awak rasa setakat mana dia akan mempercayai kita?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS