...
"Selamat menjamu selera." Pelayan itu meletakkan wain di atas meja dan memberikan jelingan aneh kepada mereka bertiga. "Jika awak mahukan tambahan, tarik sahaja tali berdekatan dengan pintu itu."
"Baiklah. Awak boleh pergi." Otto melambaikan tangannya dan pelayan itu menunduk pergi. Apabila pintu ditutup, bunyi hiruk pikuk luar terus terhalang dan bilik itu menjadi senyap sunyi.
Sehingga sekarang, jantungnya masih berdegup kencang dan dia memandang Andrea seperti dia risau yang Andrea akan hilang secara tiba-tiba. "Saya ingatkan ini cuma mimpi. Belinda dan Oro memikirkan yang awak telah mati dan saya tidak menyangka yang saya akan berjumpa awak lagi…"
Jeritan kuat Otto di pasar membuatkan Andrea menoleh ke arahnya. Oleh kerana Andrea telah memberi reaksi kepada nama itu, maka tidak salah lagi dia adalah orangnya.