Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 419 - Kepercayaan

Chapter 419 - Kepercayaan

Setelah debu asap yang disebabkan oleh pertempuran itu menghilang, hutan tersebut kembali tenang.

Tocang ahli sihir tersebut terlerai dan rambutnya yang panjang terhampar bagaikan kelopak putih di atas tubuhnya.

Darah mengalir keluar dari belakang badannya dan dengan cepat bertukar menjadi lopak merah pekat, perlahan-lahan menyerap ke dalam tanah dan mencairkan tanah yang keras dan sejuk. Tidak lama selepas itu, udara di situ dipenuhi dengan bau besi.

Nightingale duduk bercangkung dan membuka ikatan penutup mata pada wajah ahli sihir tersebut. Dia mendapati muka ahli sihir itu masih muda, mungkin sebaya dengannya. Namun begitu, parut di matanya meranapkan kecantikan sebenarnya. Mata ahli sihir tersebut kelihatan seperti dibakar berkali-kali oleh besi merah yang panas membara dan kulitnya berwarna merah dan berkedut. Disebabkan itu, dia telah kehilangan garis bentuk matanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS