Seluruh dunia nampak begitu kelam, dari langit ke darat hinggalah ke laut.
Walaupun kawasan tengah selatan Kerajaan Graycastle tidak diliputi salji, kesan Bulan Kunjungan Iblis masih ketara kelihatan di sini. Sinar matahari menjadi suram dek gumpalan-gumpalan awan mendung yang memenuhi langit. Kabus putih pula berpusar-pusar atas darat lalu menyelimuti segala bukit, ladang, cenuram dan hutan. Hanya puncak-puncak gunung hitam kekelabuan sahaja yang terjulur keluar dari kabus tebal ini, yang menjalar sehingga ke hujung selatan benua itu dan itulah yang dijadikan panduan muka bumi oleh Nightingale dan teman-temannya dalam perjalanan mereka.