"Awak memang sudah jumpa orang yang sempurna," kata Hood sambil tersenyum, dengan suara serak-serak basah sehingga Otto sukar mahu meneka usianya. "Walaupun saya duduk di pinggir bandar, kebetulan saya berada berhampiran istana pada hari kejadian itu. Sebaik sahaja saya dengar bunyi letupan, saya bergegas ke gerbang istana. Awak tidak boleh bayangkan betapa dahsyatnya bunyi letusan itu, ia kedengaran seperti guruh yang menyambar bumi. Semua tingkap berhampiran, sama ada ditutup dengan kertas atau kaca, hancur berkecai seolah-olah dimusnahkan kuasa halimunan. Malah ada orang yang terlampau terkejut sehingga pengsan di situ juga!"