Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 407 - Kecurigaan Tilly

Chapter 407 - Kecurigaan Tilly

"Maksud dinda, dia tidak ikut dinda ke Pulau Beradu?" tanya Roland setelah mendengar lagi penjelasan Tilly.

"Betul." Tilly menggeleng kepala kesal. "Namanya Spear Passi dan kebolehannya adalah penyaluran kuasa sakti. Dia boleh menyalurkan kuasa sakti beberapa orang ahli sihir secara serentak. Dalam erti kata lain, dia mewujudkan satu saluran kuasa sakti dan ahli sihir yang berada di satu hujung saluran itu boleh "meminjam" kuasa sakti daripada ahli sihir di hujung satu lagi. Mungkin kanda perlukan kuasa seperti itu." Tilly terdiam seketika sebelum menyambung, "Dia tinggal betul-betul di tengah Rabung Naga Maut."

"Dinda tahu begitu banyak tentang dia, sudah tentu dinda pernah cuba berhubung dengan dia," Roland cuba menekan Tilly untuk memberi maklumat lanjut. "Kenapa dia duduk di sana? Dia tidak takut ditangkap oleh Gereja Inggeris?"

Tilly tidak menjawab Roland serta-merta. Dia mengemam bibir sebelum berkata, "Sebenarnya dia ialah Pemerintah Rabung Naga Maut."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS