Keesokan pagi, Mystery Moon bergegas ke kamar bacaan Roland dengan mata yang jauh lebih sembab.
"Kenapa bebola kaca itu tiba-tiba menyala? Selepas itu ia tidak menyala langsung, walau sekuat mana patik cuba..." Mystery Moon terus memuntahkan soalannya sebaik sahaja dia menolak pintu kamar bacaan Roland.
"Apa...cepatnya?" Putera itu tergamam. Dia meletakkan pena pelepah yang dia pegang tadi, mengambil sebuah objek kecil dari tangan Mystery Moon dan berkata, "Beta sangka awak akan mengambil masa dua atau tiga hari."
Mystery Moon mengikut Roland balik ke meja tulis dan tunggu sehingga dia duduk selepas meletakkan objek itu di atas meja. Kemudian Mystery Moon berteleku dan menongkat dagunya di atas meja, matanya tidak lepas daripada memandang bebola kaca itu.
"Ini namanya cahaya elektrik." Putera Roland tersenyum lagi lalu berkata, "Awak sudah mengambil kilat dari langit."