"Oh, cemburunya saya dengan Nana." Mystery Moon mengeringkan rambutnya dan mendekatkan wajahnya kepada Lily yang sedang duduk tegak di meja.
"Hmm," gumam Lily tanpa memusing kepalanya.
"Awak tak mahu tanya kenapa saya cemburukan dia?"
"Kalau saya tak tanya pun, awak tentu akan beritahu saya," getus Lily.
"Jahatnya!" Mystery Moon menampar lengan Lily dengan manja, tetapi selepas itu dia menyambung lagi, "Awak tengok tak bagaimana askar di hospital dan orang-orang kampung menyapa dia?"
"Tengok."
"'Hai, Cik Nana. Cik Nana mahu ke mana? Cik Nana, mahu singgah makan dengan kami dulu?' Cik Nana, Cik Nana. Tak habis-habis dengan Cik Nana." Mystery Moon menyondol-nyondol Lily tetapi dia asyik ditolak oleh Lily yang kerimasan. "Saya pun mahu ditegur mesra macam itu juga!"