Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 401 - Musim Sejuk di Negeri Tasik Utara

Chapter 401 - Musim Sejuk di Negeri Tasik Utara

Di perairan Negeri Tasik Utara, terletaknya Pulau Beradu.

Kaki langit bersinar dengan warna kuning cair apabila bangunan tanah liat terakhir berjaya disiapkan. Walaupun mereka tidak dapat melihat matahari terbenam dari sini, mereka masih dapat melihat pancaran cahaya keemasan yang terpantul dari permukaan laut lalu menyimbah awan-gemawan dengan warna kuning. Hanya deruan angin kencang sejuk yang membuat wajah-wajah mereka rasa kebas mengingatkan mereka sekarang bukan musim luruh lagi.

"Sudah siap." Lotus mengemaskan ikatan selendang keliling lehernya sehingga ia menutup telinganya. "Ini boleh jadi rumah baru awak selepas semua perabot dan katil dipindahkan masuk."

"Bagus!" kata Durat Kimshoe sambil bertepuk tangan. "Awak dapat siapkan begitu banyak rumah dalam masa separuh bulan sahaja. Saya ingatkan Cik Puan Tilly hanya membuat janji kosong."

"Cik Puan Tilly tidak pernah menipu," tegas Breeze.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS