Kalau mengikut adat kebiasaan, seorang raja hanya boleh menerima kunjungan tetamu di Dewan Kubah Langit sahaja. Tetapi ia sudah habis musnah dan kesan runtuhannya masih sedang dibersihkan. Apabila Timothy teringat ini, kebenciannya terhadap Roland semakin membara.
"Bawa mereka ke kamar bacaan beta," Timothy memberi arahan. Selepas berfikir seketika, Timothy memutuskan untuk menyambut kedatangan mereka di dalam istana juga. Entah apa kata mereka jika Raja Graycastle menyambut kedatangan tetamu asing di ruang bawah tanah.