Leaf bergerak melalui dahan-dahan dan dedaunan mencari Lightning dan Maggie.
Sebenarnya, dia tidaklah bergerak melaluinya tetapi sekadar menggerakkan penglihatannya - tubuhnya disatukan ke dalam hutan tebal.
Perasaan itu sangat luar biasa. Dia berasa seperti seekor burung, cumanya berbeza dengan seekor burung yang akan jatuh ke tanah jika tidak mengelepakkan sayapnya, dia bukanlah sedemikian. Selagi dia mengekalkan bentuk ini, dia dapat menyeberang dari satu hujung Hutan Lakuran ke hujung yang lain dengan serta-merta. Sudah tentu, berbanding dengan seluruh Hutan Kabut, jangkauan yang boleh diliputi Leaf sekarang hanyalah ibarat setitis air di lautan.