Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 389 - Kepercayaan

Chapter 389 - Kepercayaan

"Tuan… Eltek, makan malam sudah tersedia."

rene membuka pintu bilik dan menunduk kaku. Suaranya lebih tegang berbanding selalu. Ini merupakan kali pertama Ferlin melihat isterinya berkelakuan sebegitu. Irene tidak berkelakuan sebegini walaupun semasa dia berjumpa dengan putera raja.

"Ayah?" Ferlin meninggikan suaranya dan menjeling kesateria yang mendiamkan diri semenjak pulang dari istana.

"Ehm…" Tuan Eltek mengelipkan matanya seolah-olah dia seperti baru sahaja tersedar dari bertafakur. "Jom makan."

Makanan yang disediakan di meja makan yang kecil itu sangat menyelerakan. Ferlin mendapati isterinya telah pergi ke Pasar Serbaguna. Dia memandangnya dan tersenyum, seakan-akan mahu memuji dan memberi semangat kepadanya. Ferlin memulakan makan malam dengan memotong roti seperti biasa dan terus ke menu utama yang dibahagikan kepada empat bahagian. Selain daripada mereka bertiga, May, rakan Irene juga turut menyertai mereka untuk makan malam.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS