Kata-kata tersebut menyakinkan tekaan Roland selama ini yang Batu Pembalasan Tuhan tidak memberi kesan kepada kuasa sakti, tetapi kepada keupayaan ahli sihir.
"Selain Makhluk Rusuh, Pasukan Pencarian ada jumpa cara lain tak untuk menghasilkan Permata Ajaib?"
Agatha menggelengkan kepalanya. "Bercakap lagi senang daripada melakukannya. Kesatuan pernah mempunyai ahli sihir yang boleh menukar Batu Pembalasan Tuhan menjadi batu biasa, namun apa yang dilakukan oleh ahli sihir tersebut hanya membuang kuasa sakti dan tidak mampu untuk menghasilkan walaupun Batu Cahaya yang paling mudah." Agatha berpusing menghadap Sylvie. "Awak boleh nampak bentuk Permata Ajaib, jadi awak patutnya boleh nampak bentuk asal kristal-kristal tersebut."
"Bentuknya seperti… kabus yang samar-samar," Sylvie menjawab dengan nada ragu-ragu.