Setelah dibuang dari keluarganya, Ferlin sepatutnya tidak boleh balik lagi ke tanah Eltek. Namun dia bukan melakukan ini demi memuaskan keinginan hatinya sahaja, sebaliknya demi ayahnya sendiri.
Semasa hari ayahnya mabuk itu, Sir Eltek bukan sahaja terlepas cakap tentang wanita dalam potret itu, tetapi dia juga melampiaskan perasaan sedih dan pilunya. Menurut dia, keturunan Eltek sendiri dapat wujud kerana belas kasihan wanita itu, tetapi dia telah dikhianati orang yang sepatutnya dia percayai. Ferlin tidak faham walau satu patah pun kata-kata ayahnya pada masa itu, tetapi raut wajah kesal ayahnya masih terpahat kuat dalam ingatan Ferlin.
Jika benar ayahnya menyesali sesuatu yang dilakukan nenek moyang mereka terhadap wanita itu, mungkinkah ada kemungkinan untuk Ferlin memperbetulkan keadaan ini? 'Mungkin wanita yang saya lihat itu ada kaitan dengan nenek moyang saya.'