Ferlin berdiri di belakang isterinya dan hanya tersenyum melihat dia memilih-milih kepingan daging di sebuah gerai.
Irene memang lemah-lembut orangnya, tetapi apabila mahu memilih lauk untuk dibeli, wajahnya akan menjadi serius dan matanya dikuasai pandangan tajam.
"Sebenarnya setiap kepingan daging sudah diberikan harga mengikut beratnya, jadi awak tidak perlu memilih dengan begitu teliti lagi."
"Tidak boleh begitu!" Irene menengking kecil. "Saya tahu awak suka daging merah tanpa lemak, tetapi jika tidak ada lemak langsung, rasanya tidak begitu sedap. Jika mahu buat gulai atau sup, saya perlu pilih daging yang ada sedikit tulang, manakala daging pejal pula sesuai dihiris dan digoreng. Sudah tentu saya perlu pilih dengan berhati-hati."
Kali ini Ferlin tergelak besar. "Baiklah, awak ambil masa awak sajalah. Saya pergi beli gandum dulu. Barisannya agak panjang jadi bila awak sudah selesai nanti, awak datang cari saya di sana."