Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 370 - Ritma

Chapter 370 - Ritma

Tiga hari kemudian, Roland menerima jawapan yang dia nanti-nantikan daripada anak sulung Keluarga Melati Belanda itu.

"Patik sedia berkhidmat kepada Tuanku, dan begitu juga dengan Keluarga Melati Belanda," kata Petrov Hull sambil menundukkan kepala. "Patik akan cuba sedaya-upaya untuk meyakinkan ayah patik, dia agak... berbeza daripada keluarga bangsawan lain."

"Begitu, ya?" Roland rasa girang dalam hati. "Baguslah kalau begitu."

"Sepanjang masa beberapa hari lepas, patik telah menyaksikan sendiri perubahan luar biasa yang berlaku di pekan Tuanku, dan patik sedar inilah bandar yang patik impikan selama ini untuk Kubu Longsong," kata Petrov jujur. "Jika Keluarga Melati Belanda boleh berkembang sejajar dengan kemajuan bandar ini, ayah patik tentu akan bersetuju untuk bergabung dengan Pekan Sempadan."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS