"Belayar dari... Rantau Barat?" Margaret mengangkat kening. "Patik tidak tahu pula ada pelabuhan laut di sini."
"Memang belum ada lagi, tetapi kami akan membinanya."
Mata Margaret terbuka lebih luas. "Tuanku, betulkah ini?"
"Betul. Menjelang musim bunga hadapan, kami akan memulakan pembinaannya," Roland tersenyum penuh yakin.
Pada zaman ini, semua pelabuhan hanya dibuat di tempat dengan muka bumi yang sesuai sahaja. Jika sesebuah negara kebetulan ada tanah pamah yang menghadap laut, maka mereka akan terus mendapat pelabuhan. Projek pembinaan yang memerlukan pengubahan bentuk muka bumi atau penebusan tanah adalah hampir mustahil pada zaman ini.