Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 356 - 「152!」

Chapter 356 - 「152!」

Senjata yang membolehkan manusia biasa mengalahkan Ahli Sihir Luar Biasa?

Setelah Wendy pergi, Agatha masih memikirkan ayat ini. Adakah mereka benar-benar tahu siapa Ahli Sihir Luar Biasa yang sebenarnya?

Malangnya, dia tidak mempunyai Permata Tolok untuk mengukur kuasa dan jenis-jenis ahli sihir ini.

Setelah menunggu agak lama sehingga Agatha hampir hilang sabar, Nightingale muncul di hadapan pintunya. "Tuanku menjemput awak untuk melihat uji kaji senjata terbaru Baginda. Jika awak tidak mahu pergi…"

"Saya akan pergi," Agatha merungut. "Sila tunjukkan jalan."

Apabila dia ternampak Putera Roland yang masih lagi mamai dan menguap-nguap, Agatha tiba-tiba rasa mahu membaling kepingan ais kepadanya untuk membangunkannya. Namun, ini hanya akan mengundang salah faham dengan ahli sihir yang lain. Jadi, dia hanya menyumpah seranah dalam hati.

Semasa mereka meninggalkan istana, Agatha dapat menyaksikan Pekan Sempadan pada waktu siang buat kali pertama.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS