Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 355 - Keajaiban

Chapter 355 - Keajaiban

Berpasang-pasang mata terbuntang memandang Agatha. Selepas tidak ada seorang pun yang bersuara untuk masa yang sangat lama, putera itu berdehem-dehem dan bertanya, "Bukankah Kabus Merah itu beracun? Masakan ada cara untuk kita mendekatinya?"

"Ia hanya beracun untuk ahli sihir. Menurut uji kaji Persatuan Pencarian, manusia biasa, tumbuhan, dan haiwan boleh selamat sekiranya menghidu Kabus Merah itu. Tambahan lagi, api boleh mempercepatkan kadar penyebarannya," Agatha menjawab jujur.

Dia menunjuk ke arah Roland. "Awak kata manusia biasa mampu menewaskan iblis, bukan? Ini peluang untuk awak. Buktikannya kepada saya! Ahli-ahli sihir terbang boleh menarik perhatian Danawa Syaitan." Agatha memandang kepada Tilly pula. "Biar manusia biasa masuk ke dalam pekan itu dan mengumpan semua iblis masuk ke dalam perangkap. Setelah itu, kita boleh mengambil alih Pekan Iblis itu dengan mudah."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS