Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 351 - Ilusi (Bahagian I)

Chapter 351 - Ilusi (Bahagian I)

Setelah Mayne sujud hormat di hadapan gambar itu, dia membantu Paus membetulkan kedudukannya di dalam kerusi rodanya.

"Zero," O'Brien termengah-mengah memanggil nama itu dengan perlahan.

Ahli Sihir Tulen tersebut muncul melalui sebuah pintu kecil berpakaian serba putih sambil melangkah dan menjawab sayup, "Saya di sini."

Ketua biskop itu mencebikkan bibirnya. Dia tidak menyangka adanya seorang Ahli Sihir Tulen di tempat rahsia seperti ini. Walaupun mereka dibesarkan sendiri oleh Paus setelah mereka dibangkitkan dan mereka mengabdikan hidup mereka untuk berkhidmat kepada Paus, mereka tetap ahli sihir. Tambahan pula, Mayne berasa kurang senang kerana Ahli Sihir Tulen ini mengetahui tentang kewujudan Gereja Pantulan lebih awal daripada dia.

"Bawa dia ke Kamar Ilusi."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS