'Tuanku? Peliknya! Ia seperti gelaran yang digunakan pada zaman purba dahulu.'
Dia memusingkan kepalanya perlahan dan melihat seorang lelaki berambut kelabu muncul sambil dikelilingi beberapa gadis.
"Bagaimana keadaan puan?" tanya lelaki itu lembut.
Dia tidak menjawab, sebaliknya bertanya kembali, "Di mana saya?"
"Selamat datang ke Pekan Sempadan, di Rantau Barat Kerajaan Graycastle."
Oh, tidak. Keadaan ini bukan seperti yang dia inginkan. Dia berada di tempat yang asing, pada zaman entah bila, dan sedang dikerumuni sekumpulan orang asing juga. Tetapi dia tidak ada walau sekelumit pun tenaga untuk cuba bangun dari katil. Dia cuba menaikkan badan, tetapi dia tidak larat untuk mengangkat jarinya sekalipun.
"Beta ialah Putera Keempat Kerajaan Graycastle dan Pemerintah Pekan Sempadan, Roland Wimbledon," lelaki itu menyambung kata-katanya. "Wanita-wanita ini pula ahli Kesatuan Ahli Sihir. Puan... Puan masih ingat apa-apa?"