"Puan! Tembok kota sudah ditembusi! Pakatan tidak boleh bertahan lagi! Kita mesti lari dari sini!" jerit Kaff.
Bunyi hiruk-pikuk pertempuran mula bergema di luar menara. Dia berjalan keluar ke anjung menara dan melihat cahaya kemerah-merahan meresap celah-celah awan hitam, seolah-olah kapas yang dibasahi darah.
"Tetapi kakak saya belum pulang lagi," katanya dengan suara serak.
"Dia perwira Tentera Pertahanan dan dia tidak boleh meninggalkan pasukannya tanpa kebenaran." Suara Kaff kedengaran semakin cemas. "Jika puan mati di sini, sia-sia saja semua usaha dia."
Selepas teragak-agak sebentar, akhirnya dia mengangguk dan berkata, "Baiklah."