"Patik pun mahu dipeluk juga!" Lightning menerkam Roland yang menghampiri belon udara panas itu.
"Patik juga!" jerit Nana.
"Kurr!" Maggie melompat-lompat belakang Nana.
Roland mendukung keluar seorang demi seorang ahli sihir dari bakul penumpang belon udara panas itu. Selepas itu dia bergilir-gilir memeluk ahli-ahli sihir Kesatuan Ahli Sihir Pekan Sempadan. Apabila melihat ini, Tilly tergelak. "Nampaknya kanda betul-betul mesra dengan mereka."
"Dinda pun mahu dipeluk kanda?" Roland mengusik Tilly.
"Tidak mengapalah," kata Tilly, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. "Kali terakhir kanda mahu 'peluk' dinda, kanda angkat dinda dan campak dinda atas lantai batu.'