Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 340 - Mengapa Aku Terpilih?

Chapter 340 - Mengapa Aku Terpilih?

Semua pengganas yang meluru keluar dari kumpulan pelarian itu sudah dibunuh, tetapi kekecohan awal yang ditimbulkan oleh mereka semakin melarat sehingga ia menjadi tidak terkawal. Seorang wanita berteriak nyaring dan itu menyebabkan orang lain mula meraung-raung. Pengawal bersenjata menerpa mereka untuk cuba menenangkan keadaan. Tiba-tiba kedengaran satu suara kuat yang berkumandang di tengah-tengah haru-biru itu.

"Semua orang diam! Ini Putera Roland Wimbledon, pemerintah Pekan Sempadan. Semua orang beri perhatian."

Suara itu bertempik kuat, tetapi putera itu tidak kelihatan seperti sedang menengking. Dia nampak seperti sedang bercakap dalam nada biasa dan tegas, cuma bunyinya lebih kuat daripada suara normal. Vader rasa seolah-olah Putera Roland sedang bercakap betul-betul di sebelah telinganya. Selepas itu, semua orang terus membisu dan keadaan menjadi sunyi-sepi.

Mata semua orang terpaku kepada putera berambut kelabu itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS