"Tilly, awak tidak boleh..." Ashes baru mahu menyampuk Tilly tetapi Tilly mengangkat tangannya. Ashes terdiam.
"Kalau kita mahu masuk lubang itu, kita mesti berharap kepada ahli sihir yang boleh terbang untuk membawa keluar orang dalam keranda batu itu." Tilly menunjuk cincin batu di jarinya. "Walaupun saya akan menggunakan lebih banyak kuasa sakti jika saya mengangkat seseorang, saya boleh bawa seorang lagi ahli sihir. Dua ahli sihir jauh lebih kuat untuk menghadapi apa-apa masalah yang mungkin kami akan hadapi di dalam sana." Tilly berhenti bercakap dan memandang ahli-ahli sihir Pekan Sempadan. "Anna, Lightning, Maggie. Saya perlu bantuan awak."
Mereka bertiga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu membantah, malah Maggie nampak seperti tidak sabar-sabar mahu pergi.
Tilly rasa agak lega. "Ashes, Shavi, dan Sylvie akan ikut kita ke dasar lubang itu. Saya minta yang lain tunggu di permukaan dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga keselamatan kita semua."