Andrea baru sahaja memanjat ke atas salah satu sudut tembok kota itu tetapi tiba-tiba dia terlihat sesuatu yang membuat dia terpaku.
Sekumpulan askar berpakaian seragam Angkatan Tentera Awam sedang berdiri sepanjang tembok itu dan setiap seorang daripada mereka memegang sejenis senjata aneh – mungkin ini senapang batu yang diceritakan Ashes itu. Apabila makhluk iblis semakin mendekati mereka, senjata itu meletup dan menghamburkan asap serta api. Letupan itu membuat telinga Andrea tuli sebentar.
Senjata itu nampak mirip dengan busur silang, tetapi Andrea tidak melihat sebarang anak panah dilancarkan. Mungkin sebab asap menyelubungi segalanya. Makhluk iblis yang semakin mara tadi tiba-tiba terhenti bergerak seolah-olah baru terlanggar dinding halimunan. Kemudian, seekor demi seekor mula gugur ke tanah.