Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 333 - Pertarungan Mempertahankan Diri di Tembok Kota Baru

Chapter 333 - Pertarungan Mempertahankan Diri di Tembok Kota Baru

Sebaik sahaja bunyi loceng bergema, keseluruhan berek mula riuh.

Van'er meluru keluar dari khemahnya, diikuti askar-askar lain yang turut berlari ke tembok kota. Mereka mengambil kedudukan masing-masing. Mereka semua telah berlatih gerakan ini ratusan kali jadi mereka sudah tahu apa yang perlu dibuat walaupun tanpa sebarang arahan daripada pegawai atasan mereka.

Seperti Bulan Kunjungan Iblis tahun lepas, hanya satu pasukan peronda kecil diarahkan untuk mengawal setiap seksyen tembok kota pada masa-masa biasa. Jika ada seekor dua makhluk iblis yang tersesat berhampiran tembok kota itu, pasukan peronda itu boleh menguruskan mereka dengan mudah. Namun apabila pegawai peninjau terlihat segerombolan makhluk iblis semasa rondaannya, barulah mereka membunyikan semboyan amaran.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS