"Kanda tidak rasa Gereja Inggeris telah muncul tidak semena-mena?"
Soalan Puteri Tilly bermain-main dalam fikiran Roland sehinggalah dia kembali ke dalam kamar bacaannya.
Roland menutup matanya dan mencuba untuk mengingat kembali memorinya dengan penuh berhati-hati. Namun, dia gagal menemui sebarang maklumat berguna. Walaupun Putera Roland orang bangsawan, pengetahuannya tentang Gereja Inggeris sangat cetek. Semasa tinggal di Istana Graycastle dahulu, dia tidak menghabiskan masa dengan belajar dan berpolitik jadi dia tidak tahu apa-apa tentang agama dan kepercayaan rakyat jelatanya. Tetapi jika kata-kata Tilly benar, strategi propaganda Gereja Inggeris sebenarnya tidak masuk akal.