Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 322 - Pejabat Keselamatan Rantau Barat

Chapter 322 - Pejabat Keselamatan Rantau Barat

Sekembalinya Roland ke istana, dia terus masuk ke balai penghadapan, melabuhkan punggung di takhtanya dan merenung orang-orang yang sedang duduk berteleku di hadapannya.

Seingat dia, Putera Roland yang asal pernah dipertanggungjawabkan tugas sebagai seorang hakim hanya sekali sahaja, iaitu betul-betul pada masa Cheng Yan dibangunkan kembali sebagai Putera Roland. Setelah dia menghapuskan golongan bangsawan dan mula menggunakan tenaganya untuk memajukan Pekan Sempadan, dia sudah tidak berminat dengan hal-ehwal undang-undang lagi dan menyerahkannya bulat-bulat kepada Barov.

Selepas semua orang sudah diam, Roland memulakan perbicaraan ini.

Setiap orang yang terlibat dibenarkan untuk memberitahu cerita masing-masing sebelum Roland menyoal siasat setiap seorang daripada mereka. Dengan bantuan Nightingale yang menilai mereka dalam diam, tugasnya sebagai hakim menjadi sangat mudah - dia tidak perlu susah-payah memikirkan jika orang itu menipu atau tidak.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS