Di Pulau Beradu, Negeri Tasik Utara.
"Saya tidak sangka awak akan jadi pelanggan pertama Mantera Beradu," kata Tilly sambil tergelak apabila dia menghidangkan semangkuk sup ikan yang panas-panas di hadapan tetamunya itu. "Terima kasih kerana membantu saya mencari tinggalan purba di Kepulauan Bayang tempoh hari."
"Sama-sama." Thunder menyambut mangkuk yang dihulurkan Tilly itu. "Kalau saya tidak dapat ganjaran pun, saya sanggup meredah perairan itu tidak kira berapa kali sekalipun. Tanpa kehadiran ahli-ahli sihir yang belayar bersama saya, saya tidak akan dapat peluang untuk mengembara ke bahagian timur Kepulauan Bayang yang sangat berbahaya itu." Thunder menghirup sesudu sup ikan dengan lada itu dan mengeluh puas. "Ahh… Sedapnya sup ikan kakap."