Selepas melihat Putera Roland keluar dari dewan jamuan itu, Lightning menarik Maggie ke sebuah sudut.
"Kurr?"
Malam ini Maggie membiarkan rambutnya lepas. Rambutnya yang putih dan mencecah lantai itu membuat dia kelihatan seperti hantu yang sedang meluncur atas lantai. Selepas Lightning menarik Maggie, dia menyelak rambut hadapannya dan menunjukkan pipinya yang kembung. Cebisan daging khinzir terjulur keluar dari mulutnya.
"Apa awak mahu?" Maggie bertanya dengan mulut penuh.
Lightning berbisik, "Sebenarnya saya ada terjumpa satu tempat menarik dalam Hutan Kabut. Saya mahu menerokainya esok. Awak mahu ikut saya?"
"Kurr!" Maggie menelan makanan di dalam mulutnya tadi sambil mengangguk-angguk seperti burung belatuk. "Saya mahu! Apa yang saya patut sediakan?"