Roland mengadakan sebuah keraian yang meriah di dewan utama istana pemerintah Pekan Sempadan.
Selain ahli-ahli sihir, semua pegawai tertinggi Dewan Perbandaran serta Angkatan Tentera Pertama turut menghadiri majlis itu, termasuk orang bangsawan seperti Barov Mons dan Carter Lannis serta rakyat biasa seperti Kapak Besi dan Kyle Sichi. Roland puas memujuk Kyle untuk keluar dari makmal sebentar sahaja dan datang ke majlis yang Kyle anggap sebagai "membuang masa" ini.
Bagi berkongsi kegembiraannya bersama rakyat jelata, putera itu menyampaikan sebuah ucapan dan mengarahkan dapur istana untuk membuat roti putih menggunakan kanji halus bagi diagihkan kepada semua penduduk Pekan Sempadan. Sesiapa yang datang ke Dewan Perbandaran dan menunjukkan kad pengenalan mereka akan mendapat sebuku roti yang sangat lazat ini. Dengan cara ini, hampir semua orang sudah tahu tentang kemenangan Angkatan Tentera Pertama sebelum kepulangan mereka.