Belon udara panas Pengkaji Awan sedang terbang di udara setinggi 2000 meter dari paras tanah. Ketinggian ini diukur oleh Lightning semasa dia terbang secara menegak dari tanah menuju ke belon itu.
Langit terbentang biru dan hanya dihiasi kepulan-kepulan awan putih. Ia terasa begitu hampir kepada Lightning sehingga dia rasa dia dapat menyentuhnya dengan hanya menghulurkan tangan. Tetapi jika dia benar-benar mahu menggapai awan, dia perlu terbang beberapa ratus meter lebih tinggi lagi.